Wednesday 16 November 2011

Hidup Tidak Akan Sunyi Dari Cabaran...Dan.... Juga Kejayaan

"Everybody expect life to be easier down the road ...but.....actually life is difficult to everyone no matter how talented and how rich you are. None is immune. We need difficulties to find personal and spiritual wholeness. Dont look forward to the day you stop suffering because when its comes...you are dead."  : Ernie J. Zelinski


Perjumpaan dengan rakan sekerja Ina di airport tadi mengingatkan kenangan 15 tahun lalu.  Kebahagiaan Ina dicemburui oleh semua malah Ina selalu menasihati kami bagaimana kehidupan rumahtangga perlu disusun agar membuah kebahagiaan. 5 tahun berlalu kami dikejutkan dengan berita penceraian Ina dan kami cukup sedih namun kagum dengan perjuangan Ina mendapat hak penjagaan anaknya Dania. 5 tahun kemudian kami menerima jemputan perkahwinan Ina kali kedua dengan seorang duda beranak empat dan kami mendoakan beliau bahagia. Ina beruntung kerana selain cantik beliau juga berkaliber dari seorang yang hanya mempunyai diploma sehingga kini memegang Phd.

"Hidup bukan seperti yang kita impikan dan bukan senang membesarkan anak sendiri dan anak-anak tiri," Ina tersenyum namun penuh makna mengharap pengertian.

Dan sebagai wanita perjalanan kita tidak jauh bezanya. Cuma bentuk ujian dan tahapnya berbeza-beza. Kata orang, Tuhan menganugerahkan ujian sesuai dengan kekuatan hambanya kerana Dia lebih mengetahui yang terbaik untuk setiap hambanya. Semua ada masalah tersendiri...cuma samada ingin dikongsi atau tidak sahaja.

Semasa remaja kita fikir hidup kita akan menjadi lebih baik tapi dengan masa berlalu ianya masih sama. Jatuh bangun silih berganti upama gelombang. Percaya atau tidak sebenarnya tidak ada kegembiraan yang selamanya seperti dongeng Cinderella ...dan sebenarnya...tidak ada derita yang selamanya juga. Itulah kehidupan sebenarnya. Segalanya akan berubah samada lambat atau cepat. Kegagalan akan membawa kepada kejayaan dan kejayaan juga akan membawa kegagalan dan tidak mustahil  akan membawa kejayaan semula. Itulah kehidupan dan tidak pernah terlambat untuk mulakan segalanya semula sekali lagi. Terpikirkah kita, apabila kita masih hidup, sebenarnya peluang untuk berubah sedang diberikan oleh tuhan utuk mulakan sekali lagi.

"Life is easier to take if  you accept impossible, do without the indispensable and bear intolerable". Anggaplah setiap langkah adalah menyumbang kepada pengalaman hidup dan makin banyak halangan hidup yang kita lalui  membuka lebih banyak peluang kejayaan dalam hidup kita. Bukankah, jika kita pernah dilukakan, sakitnya akan berkurangan apabila menghadapinya sekali lagi. Tekanan dan cabaran akan mengukuhkan kekuatan kita.

Apa yang penting adalah bagaimana kita melihat dan bertindak terhadap cabaran hidup ini. Lihatlah ia sebagai permulaan dan ianya akan menjadi sumber kekuatan pada kejayaan bau. Terima hakikat bahawa hidup tidak akan lari dari cabaran dan akan memudahkan kita untuk meneruskan hidup ini semula sekali lagi. 
" Yes life can be tough but life still must goes on anyway....so...just face it...."

Ikhlas dari: Naturactor Malaysia

Friday 11 November 2011

Cara-Cara Menggunakan Naturactor Coverface

Pelanggan Naturactor Malaysia Yang Dikasihi...


Naturactor tidak akan menghampakan anda semua!

Disini saya sertakan tips untuk menggunakan Naturactor Coverface bagi mendapatkan hasil yang cukup menakjubkan. Naturactor tidak akan menghampakan anda semua!

1) Basahkan span dengan air
2) Gunakan span untuk sapuan pada Naturactor Coverface dan sapukan ke seluruh wajah anda
3) Ratakan sapuan Naruractor Coverface  ke kulit wajah sehingga rata
4) Basahkan semula span tadi dan ratakan dengan air keseluruh wajah sehingga rata dan meresap ke kulit

Peringatan:

1) Bagi yang biasa menggunakan pelembab, boleh letakan pelembab sebelum meletakan Naturactor Coverface.
2) Bagi yang tidak biasa menggunakan pelembab, cukup sekadar sapuan dengan span basah dan diratakan dengan air saja.
3) Jika masih tidak mendapat hasil yang sempurna sila hubungi saya di talian 019 292 4276 kerana ianya tidak akan menghampakan.


Ikhlas Dari Naturactor Malaysia
019 292 4276
Facebook: Naturactor Msia