Monday 24 October 2011

Siapa Mereka Yang Berjaya

Artikel ringkas pemberian seorang wanita  beberapa bulan untuk dikonsi dengan semua insan bernama Wanita: The Strangest Secret: Earl Nightingale

Semua orang akan bercita-cita untuk berjaya. Jika ditanya kepada 100 orang muda berusia 25 tahun atau lebih muda dari itu, adakah mereka yakin menjadi orang yang berjaya. Kesemua akan menyahut dengan penuh yakin mereka akan jadi insan yang berjaya suatu hari nanti. Namun apa yang terjadi kepada mereka ketika mereka berusia 65 tahun. Kajian menunjukkan hanya 5% saja yang berjaya dan selebihnya biasa-biasa sahaja  dan yang lebih memeranjatkan hampir 80% gagal menjadi orang berjaya. Dimana silapnya.

Apa ciri-ciri yang ada pada 5% golongan yang membuat mereka berjaya?

Kajian menunjukkan jika seseorang berusaha kearah mencapai matlamat masing-masing dan jelas apa yang ingin dicapai, mereka pasti akan berjaya. Golongan ini percaya bahawa hidup mereka dicorakkan oleh persekitaran atau tindakan mereka sendiri. Mereka yang percaya bahawa mereka akan menjadi apa yang mereka ingin jadi, dan bertindak untuk mencapai apa yang mereka inginkan, pasti akan menjadi apa yang mereka inginkan.

Oleh: Naturactor Malaysia

No comments:

Post a Comment